Alahai, sampai nak buat sidang media pulak dah kisah rumahtangga. Rasa macam selebriti antarabangsa, padahal kalau tak kerana kisah perceraian ni lalu lalang dalam berita maaf cakaplah, memang tak ramai yang kenal. Termasuk juga isteri baru yang kini jadi tumpuan, entah rela atau terpaksa.
Walau dah tak cinta, tak salah kalau masih tahu menghargai.
Takkan susah sangat nak hormati seorang wanita yang pernah mengabdikan diri bukan sehari dua, tapi berpuluh tahun hidup sebagai isteri. Seorang ibu kepada zuriat sendiri. Seorang wanita yang mungkin tak sempurna, tapi pernah jadi tulang belakang.
Allah yang pegang jodoh. Bila jodoh dah terlerai, itu ketentuan. Tapi Allah tak pernah suruh kita hinakan, malukan, atau jatuhkan maruah orang yang pernah jadi sebahagian hidup kita. Tak suka, tak mengapa. Tapi jangan sampai hilang rasa kemanusiaan.
Sidang media? Untuk apa sebenarnya?
Untuk 'meluruskan fakta'?
Untuk menjawab netizen?
Atau sebenarnya… untuk membina semula imej yang tercalar?
Tapi che kak tertanya juga bila wanita meluahkan rasa di media sosial, cepat sungguh dia dihukum. Dikatakan gila perhatian, dikatakan tak move on. Tapi bila pihak lelaki nak 'bersidang' kononnya secara rasmi, tak pula dikata drama. Pelik, kan?
Hebat sangat ke beliau sampai nak bersidang segala?
Kalau tiada krisis rumahtangga ni, agak-agaknya ada tak tempat dalam radar masyarakat? Atau hanya sekadar jadi 'suami kepada'?
Tak perlulah terlalu ghairah menjernihkan imej kalau caranya mengeruhkan lagi luka orang lain.
Tak perlulah terlalu teruja nak 'jelaskan keadaan' kalau yang mendengar pun dah letih menapis drama.
Hargailah wanita yang telah melalui semua pahit manis bersama kamu.
Hargailah ibu kepada anak-anakmu, walau kini bukan lagi isterimu.
Dan belajarlah menjadi lelaki yang tak perlu bersidang untuk mempertahankan diri kerana orang yang benar tak perlu berlari dari bayang sendiri.
Comments
Post a Comment