Ciri-Ciri Petugas Kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Petugas kaunter memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan. 


Berikut ialah ciri-ciri khusus untuk menjadi petugas kaunter yang baik:-


1. Empati Tinggi

Petugas perlu mempunyai keupayaan untuk memahami keadaan pelanggan. Bukan sekadar mendengar tetapi memahami kesusahan mereka seperti masalah kewangan, konflik keluarga, isu penderaan.


2. Sabar dan Tenang

Petugas akan berurusan dengan pelanggan yang kurang memahami prosedur, emosi tidak stabil dan berulang kali bertanya.


Kesabaran membantu mengawal situasi dan mengelakkan konflik.


3. Komunikasi Berhemah dan Jelas

Maklumat perlu disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami. Nada yang sopan dan tenang. Contohnya menerangkan jenis bantuan. Menjelaskan proses permohonan secara teratur. 


4. Menjaga Kerahsiaan Maklumat

Mengurus dokumen dan maklumat pelanggan dengan teliti serta menjaga kerahsiaan. Tidak cuai atau sambil lewa dalam tugas.


5. Pengetahuan tentang Prosedur dan Bantuan

Petugas perlu mahir berkaitan skim  bantuan yang ada, syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan.


Ini membantu mengelakkan pelanggan perlu datang berulang kali.


6. Sikap Tidak Menghukum

Petugas tidak menyalahkan pelanggan dan memandang rendah. Melayan semua secara adil dan setiap pelanggan berhak mendapat layanan yang baik.


7. Kecekapan dan Sistematik

Petugas perlu mengurus dokumen dengan teratur. Menggunakan sistem dengan cekap. Ini dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan.


8. Prihatin dan Proaktif

Petugas digalakkan untuk membantu dan memberi panduan berkaitan permohonan bantuan. Turut menawarkan bantuan tanpa diminta.


9. Ketahanan Emosi dan Pengurusan Tekanan

Persekitaran kaunter sering sibuk. Kadang kala melibatkan kes atau isu yang berat. Petugas perlu kuat dari segi mental dan emosi.


10. Integriti dan Amanah

Petugas mesti mengelakkan pilih kasih. Tidak menyalahgunakan kuasa. 


11. Berpenampilan Kemas dan Profesional

Penampilan diri yang kemas memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan.


#gambarhiasan







Comments