Seingat che kak, masa sekolah rendah dulu che kak memang suka menulis dan membaca buku-buku lama.
Kalau ada pertandingan atau peraduan menulis karangan, memang che kak join juga. Tak tahu la sama ada tulisan tu ikut piawaian pertandingan atau tidak. Yang pastinya, menulis sebab suka-suka.
Dulu tak pernah terfikir pun nak simpan tulisan-tulisan tu sebagai koleksi. Habis macam tu je.
Bila dah ada akaun Facebook, rasa segan pula nak menulis dan berkongsi. Biasanya set “Only Me” sahaja. Malu dan segan masih menebal waktu tu.
Sebenarnya ramai yang suka menulis tapi rasa takut nak berkongsi sebab takut dinilai atau rasa tulisan 'tak cukup bagus'. Sedangkan kebanyakan pembaca lebih suka tulisan yang santai, real dan datang daripada pengalaman sendiri.
Che kak ada follow beberapa influencer seperti cikgu Fadhli Salleh, Dr Nini, Khairul Hakimin Muhammad dan Dr Imelda Balchin.
Apa yang che kak perasan, cara mereka berkongsi terasa santai sahaja. Kadang-kadang bukan sebab tulisan terlalu sempurna tapi sebab orang rasa “relatable”.
Alhamdulillah, sekarang dah datang sedikit kekuatan untuk berkongsi dan jadikan tulisan sebagai koleksi kenangan.
Begitu juga dengan blog. Aktif menulis sekitar tahun 2013, tapi banyak juga entry yang di unpublish sebab rasa malu. Sekarang ni dah kurang rasa segan nak berkongsi di blog.
Che kak menulis bila rajin, ada idea dan masa terluang. Memang susah nak menulis dalam keadaan stress atau bila terlalu mengejar sesuatu seperti monetization atau Adsense Facebook.
Niat asal nak release stress dan jadikan hobi tapi kalau terlalu dipaksa boleh jadi stress pula. Jadi, santai-santai sahaja.
Bila hobi dipaksa jadi target semata-mata rasa seronok tu boleh hilang. Menulis dengan tenang selalunya lebih ikhlas dan lebih sedap dibaca.
Sebenarnya, tulisan-tulisan lama yang che kak rasa biasa tu akan jadi memori paling berharga satu hari nanti. Blog, caption Facebook, nota pendek semua tu adalah rakaman kisah hidup.
So far, jangan malu untuk menulis. Abaikan sahaja apa orang nak kata. Yang penting, che kak menulis sebab suka. ✌️

Comments
Post a Comment