Skip to main content

Jangan Terus Kata “Layak Bantuan” Hanya Berdasarkan Cerita Ringkas

Ramai orang bertanya sama ada seseorang itu layak menerima bantuan hanya berdasarkan cerita ringkas seperti:

“Dio ni ore tuo duk sore, tak dok pendapate. Anok tak dok kijo, kerajae sore habuk. Layok dop dapat bantue?”

Hakikatnya, jawapan “layak” atau “tidak layak” tidak boleh ditentukan hanya melalui beberapa patah ayat. Ia boleh mengelirukan dan memberi gambaran yang tidak tepat.

Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mengemukakan permohonan bantuan. Namun, penentuan kelayakan perlu melalui proses siasatan dan semakan yang lebih terperinci. 

Antara perkara yang akan dinilai ialah keadaan kesihatan, sumber pendapatan, tanggungan, tempat tinggal serta tahap sokongan keluarga.

Oleh itu, jangan terus membuat kesimpulan hanya berdasarkan cerita ringkas semata-mata. 

Permohonan boleh dibuat dan pihak berkaitan akan menilai berdasarkan syarat serta keadaan sebenar pemohon.

Apabila ada pihak yang terus mengatakan seseorang itu “layak”, ia boleh menimbulkan salah faham dan memberi harapan yang terlalu tinggi.

Akibatnya, apabila permohonan dibuat tetapi tidak diluluskan selepas proses siasatan dan semakan dijalankan, pemohon mungkin akan kecewa, marah dan mempertikaikan keputusan tersebut kerana berpegang kepada kata-kata awal yang diberikan.

Sebab itu, lebih baik kita tidak terus menjanjikan kelayakan hanya berdasarkan cerita ringkas.

Apa yang lebih tepat ialah memaklumkan bahawa setiap permohonan boleh dikemukakan dan penilaian akan dibuat berdasarkan maklumat lengkap serta hasil siasatan pihak berkaitan.

Namun begitu, tidak salah sekiranya kita mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan dan proses permohonan bantuan.

Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran asas tentang bantuan tersebut, supaya kita lebih memahami sama ada kita layak memohon serta langkah-langkah yang perlu diambil. 

Dengan adanya maklumat awal ini, proses permohonan juga menjadi lebih mudah, teratur dan tidak menimbulkan kekeliruan kemudian hari.

Comments