Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Hari ini berkesempatan mendengar ceramah berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.


Pada awalnya sekadar untuk mendapatkan e-sijil bagi memenuhi KPI 40 jam berkursus, tetapi sebenarnya banyak manfaat yang diperoleh daripada kursus sebegini.


JPW dan beberapa jabatan lain memang banyak menyediakan kursus secara dalam talian. Dengar satu atau dua jam sehari pun sudah memadai.


Tadi pun sempat ulang dengar kursus ISM. Memang che kak lebih suka mencatat semasa mendengar ceramah, sebab itu perlukan fokus. Kalau sambil buat kerja lain, memang mudah jadi 'angin lalu'.


Sebenarnya lebih jimat masa dan kos jika kursus dijalankan secara dalam talian berbanding bersemuka.


Apa yang ingin che kak kongsikan di sini adalah tentang penderaan seksual kanak-kanak.


Pengalaman setahun sebagai Pelindung di JKMWPKL sudah cukup membuatkan che kak jadi lebih berhati-hati.


Realitinya, kes sebegini kebanyakannya berlaku melibatkan orang terdekat dan dipercayai.


Sebagai orang dewasa, kita bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.


Mereka masih mentah dan tidak memahami bahawa perbuatan itu salah, apatah lagi apabila telah melalui proses grooming oleh orang dewasa.


Kesan trauma yang ditinggalkan bukan sedikit. Boleh berpanjangan seumur hidup.


Lebih menyedihkan apabila mangsa turut menanggung stigma, seolah-olah mereka menjadi punca perpecahan keluarga apabila pelaku dipenjarakan.


Walau serapat dan semanja mana pun hubungan, batas tetap perlu dijaga.


Perkongsian ini mungkin berat, tetapi ia adalah realiti yang perlu kita semua sedar.




Comments