Semalam hari raya che kak jamu rendang ayam. Masak banyak siap berangan nak frozenkan, sekali habis licin 😆
Hari ini Abang Afnan request rendang daging pula. Memang feveret dia sangat rendang ni. Che kak masak versi berkuah sebab anak-anak suka cicah kuah banyak-banyak.
Nasib baik daun kunyit dalam pasu masih ada sehelai dua walaupun dah nyawa-nyawa ikan.
Anak bujang di Kedah, pandai-pandailah bawa diri nak beraya. Anggap saja beraya di overseas, lagipun roommate memang orang foreigner.
Raya kali ini che kak beraya di rumah sahaja. Suami pula sibuk membantu pengurusan masjid menguruskan lembu-lembu korban. Walaupun sederhana, tetap meriah dengan cara tersendiri.

Comments
Post a Comment