Skip to main content

Pemergian Menyayat Hati Seorang Anak Harapan Keluarga

Sedih, sebak dan turut bersimpati atas kejadian kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang pelajar cemerlang SPM 2025.


Pemergiannya dalam keadaan yang amat menyayat hati.


Siapa sangka, mendiang pergi ketika ingin membantu bapanya mencari rezeki.


Semoga segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan dan kematian mendiang mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Kejadian seperti ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua. Kecuaian, sikap terburu-buru, memandu laju dan melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah meragut nyawa insan yang tidak bersalah.


Ahli keluarga mangsa pasti menanggung trauma dan kesedihan sepanjang hayat. 


Bahkan keluarga pemandu yang cuai juga turut menerima kesan serta kecaman masyarakat.


Patuhilah peraturan jalan raya. Jalan raya diwujudkan untuk menghubungkan destinasi bukan memutuskan kehidupan. 


Ambillah iktibar agar tiada lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi korban akibat kecuaian manusia.


Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.


Tiada kata yang mampu menggambarkan kesedihan atas kehilangan insan tersayang. 


Semoga segala kenangan bersama mendiang menjadi penguat semangat buat keluarga untuk terus tabah meneruskan kehidupan.


Semoga keadilan ditegakkan dan kejadian seperti ini tidak lagi berulang kepada insan lain.



Comments