Cuti-Cuti Ketereh: Staycation Tapi Poket Jalan Juga

 Percutian RM2.40 & Buah Naga Meroh"


8.10.2022 – Sabtu cuti bersama anak-anak.

Tak gi jauh pun, dalam daerah Ketereh je.

Abang Ahyad ada aktiviti kat sekolah,

Tok laki pulak tolong baiki pintu bilik air rumah nenek dia.

Pagi-pagi kami serbu pasar tani.

Wajiblah anak-anak beli:

🥖 waffle stick

🥜 kacang rebus

🥥 coconut shake

Che Kak? Beli sarapan dan buah naga.

Tanya penjual: “Buoh ni purple ke?”

Dia jawab: “Meroh.”

Haha. Blur kejap. Sebenarnya warna apa buah naga ni pun tak pasti!



Balik rumah, masak ayam paped untuk lunch.

Lepas makan, layan TV jap... tak lama pun,

Tiba-tiba anak ajak pergi kedai RM2. Hadoiii.


Sambung ke Setia RM2.40,

Troli penuh. Entah beli apa pun tak ingat. 🤔

Singgah pulak kedai sebelah, beli seluar track.


Konklusinya:

Percutian hujung minggu tak perlu pergi jauh,

Tapi modal tetap jalan. 😅

Dan… alaaa terlupa ada majlis kesyukuran hari ni! 😔

Comments