Dulu Belajar Guna Batu, Sekarang Nak Pecah Kepala

Dulu-dulu, belajar darjah satu takde la sampai nak pecah kepala.

Kenal huruf, nombor, belajar asas tambah, tolak, darab, bahagi itu pun pakai batang aiskrim, batu, biji saga, atau penutup botol. Cikgu sabar, ajar ikut tahap. Bila asas dah kuat, barulah seronok kira-kira. Takde tekanan, takde drama. Tapi elok je kita semua membesar, belajar, dan sekarang ramai yang kerja hebat-hebat cikgu, jurutera, jururawat, pensyarah, usahawan. Kan?


Sekarang ni... Allahu.

Silibus darjah satu kadang-kadang buat mak ayah menangis dalam senyap.

Anak baru nak pegang pensel dengan betul, dah kena faham konsep pecahan, pendaraban pelbagai digit, atau logik matematik yang berat. Kita tolong ajar pun kena buka YouTube dulu sebab soalan pun kadang lebih advance dari masa kita tingkatan tiga.



Anak darjah satu, tapi tekanan macam nak grad PhD.

Kenapa cepat sangat nak kejar ke depan?

Apa yang dikejar sampai kanak-kanak pun hilang rasa seronok belajar?


Bukan kita anti ilmu. Tapi biarlah berpada.

Setiap anak ada tempoh matang tersendiri.

Ilmu tu indah, tapi bila dipaksa terlalu awal, yang tinggal cuma beban.

Kesian anak-anak kecil yang baru nak kenal dunia.

Yang penting: biar perlahan, asalkan kukuh dan kekal rasa ingin tahu.


Cikgu pun dah cukup penat, mak ayah lagilah.

Janganlah sistem terlalu ke depan sampai tertinggal jiwa anak-anak yang masih belajar jadi manusia kecil.


📌 Pendidikan bukan perlumbaan. Ia perjalanan.

Pelan-pelan kayuh, asalkan sampai dengan senyum, bukan trauma.


#LuahanMakAyah

#DarjahSatuBukanPhD

#AnakBukanRobot

#PendidikanMengikutUsia

#AsasLebihPentingDaripadaCepat


Comments