Kenapa Ibu Bapa Perlu Hargai Anak dan Menantu

Ada ni haaa baru lepas cuci bilik air guna pencuci tandas Ganso bunga ros wangi baunya. 


Banyok hari doh tok nulis untuk tatapan muka buku sebab sibuk ntah hapa hapa.  


Nok nulis ni keno ado gabungan yang mantap iaitu rajin, idea, semangat dan masa.


Ada idea tapi malas tak jadi juga. Rajin tapi takde idea pun jadi sia-sia. 


Sempena cuti sekolah dan perayaan ni pastilah ramai anak-anak akan balik kampung jumpa ibubapa.


Sebagai ibubapa atau orang tua ni, hargailah anak menantu yang balik kampung jumpa kita.


Janganlah 'dibias biaskan' mengikut darjat, pangkat dan jenis kereta di depan tangga.


Kesian kat anak cucu menantu yang berkorban wang ringgit, tenaga dan masa meredah jem nenas, blueberri, strawberri dan berbekalkan roti kaya dalam kereta.


Kalau anak menantu bagi hadiah terimalah tanpa ada subtitle di muka. Kononnya tak berkenan sebab ada menantu lagi kaya bagi hadiah lagi mahal harganya.


Nilai kasih sayang anak menantu bukan setakat diukur dengan duit seratus dua. 


Jangan ditegur menantu serba tak kena. Kononnya kamu makan garam dulu sebab tu penyakit darah tinggi tak turun-turun termasuklah kecing manis terlebih gula.


Jagalah air muka dan hati menantu kerana mereka juga ada ibubapa. Bukannya dapat dari perdu buluh suka hati mulut kamu nak kata apa.


Tak payahlah nak acah acah berdrama tivi tiga. Anak menantu sekarang ni dah pandai jaga hati sendiri sebelum sakit hati jadi sakit jiwa. 


Ingatlah ibubapa kerana kita tidak selamanya sihat dan muda. Kita tak tahu anak menantu yang mana basuh berak kencing nanti apabila tiba masanya. 


Kalau menantu merajuk tak nak balik lagi bukan sebab kecil hati sehari dua. Itu kerana hatinya dah retak menunggu masa.



Comments