Kenapa Saya Minat Menulis

Che kak memang suka menulis sejak zaman sekolah lagi. Cuma dulu tak tahu macam mana nak simpan koleksi cerita. Akhirnya banyak tulisan terkubur begitu saja.


Alhamdulillah, sekarang baru ada keberanian nak kongsi secara public di media sosial dan blog. Mungkin sebab selalu follow orang yang menulis kisah hidup sendiri. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak, kan?


Menulis bagi che kak adalah satu bentuk terapi. Malu tu memang ada, rasa segan nak publish apa yang kita tulis. 


Tapi dalam masa yang sama ada satu kepuasan bila dapat lepaskan apa yang terpendam melalui tulisan.


Che kak cuma menulis kisah peribadi sendiri atau orang lain, bukan yang ilmiah pun. Sekadar coretan kenangan untuk diri sendiri dan mungkin untuk anak cucu baca nanti.


Menulis bagi che kak bukan hobi semata-mata. Ia tempat che kak lepaskan rasa hati, faham diri sendiri dan simpan kenangan hidup. Kadang dari tulisan tu lah che kak jumpa jawapan yang che kak cari.


Che kak suka tulis kisah harian, momen yang buat tersenyum. 


Selalunya menulis lepas Maghrib masa hati paling tenang. Kadang dalam kereta pun menulis juga kalau idea datang.


Sekarang banyak tulisan che kak ada di blog dan tengah cuba hasilkan ebook pula. Practice makes perfect kata orang.


Tak sangka, sambil menulis santai pun dapat juga hasilkan 4 buah ebook. Itu pun dibuat masa lapang, bila hati rasa sedih atau nak tenangkan fikiran. 


Setakat ni tak terfikir lagi nak komersialkan sebab sedar diri dengan kemampuan. Syok sendiri? Mungkin ya. Tapi tak apa, asalkan bahagia cara sendiri. 


Tak payah baca la. Bukannya best sangat pun. 🤪


Terima kasih pada suami yang sentiasa menyokong walaupun jarang “like”. Sokongan senyap macam tu pun besar maknanya janji dia tak kacau masa che kak menulis.


Tapi kalau suami dah bersuara "pade-padelah." "Acu letok telepon tu." Maka auto letak tepi la. 😂



Comments