Rasa tenang dan bahagia dalam hati akan terpancar pada wajah kita.
Dalam kehidupan seharian, kita pasti ada hari-hari yang membuatkan kita rasa down, moody atau shaking kerana tekanan.
Jangan nafikan perasaan yang sedang kita alami. Benarkan diri untuk rasa apa yang kita rasa.
Buatlah sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan dan ketenangan.
Kalau nak berehat sekejap untuk ambil mood, itu pun tak salah.
Abaikan orang yang membawa energi negatif. Tak perlu berdebat atau menerangkan apa-apa pada mereka.
Kadang-kadang mereka sebenarnya sudah ada jawapan yang mereka mahu dengar.
Kita ni selalunya akan jadi “watak jahat” dalam cerita orang lain.
Jadi tak perlu membazir masa dan tenaga untuk menjelaskan jawapan. Simpan tenaga untuk perkara yang lebih berharga.
Che kak cuba membantu sedaya yang che kak mampu ikut kudrat dan tahap pemikiran sendiri.
Sebab che kak pun perlukan pertolongan orang lain bila tiba masanya.
Kita manusia, kemampuan kita terhad. Itu normal.
Fokus pada kebahagiaan diri sendiri. Fokus juga pada keluarga kecil kita.
Jangan sampai emosi marah pada orang lain tempias pada anak-anak.
Ingat, orang yang kita tak suka tu mungkin bahagia saja dengan hidup mereka.
Mereka pun tak tahu pun apa yang kita marah atau menyampah.
Kalau kita simpan rasa benci tu dalam hati, kita yang rugi.

Comments
Post a Comment