Dulu apabila melihat lelaki berpewatakan lembut dan kewanitaan, fikiran kita mudah mengaitkannya dengan ciri-ciri g*y.
Namun bila sekali-sekala menonton movie yang bertema elgibiti, ramai pula watak g*y digambarkan sebagai lelaki yang macho malah ada yang biasa-biasa sahaja.
Tambah pula dengan kes tangkapan di sebuah spa lelaki baru-baru ini yang melibatkan lelaki Islam, berkerjaya dan berjawatan.
Semua ini membuatkan kita mula overthinking dengan isu tersebut. Kita tak tahu siapa di sekeliling kita yang mungkin mengamalkan gaya hidup begitu.
Allahu rabbi… Semoga Allah menjaga iman kita dengan sebaik-baik penjagaan.
Isu seperti ini memang boleh menimbulkan resah dan kebimbangan.
Dulu che kak sendiri pernah tinggal bersama seorang pengk*d dan melihat kisah cintanya.
Pengalaman itu meninggalkan kesan sampai membuat che kak rasa trauma untuk melepaskan anak-anak, baik lelaki mahupun perempuan ke sekolah asrama atau jauh daripada pandangan mata kami.
Namun ada beberapa perkara yang boleh membantu menenangkan hati agar tidak overthinking.
Personaliti bukan penentu orientasi s*ksual. Sebab itu sukar untuk menilai seseorang hanya dari rupa atau gaya.
Paling penting ialah bimbingan dan komunikasi. Kita tak mampu pantau anak 24 jam. Tetapi kita boleh bina hubungan agar mereka selesa bercerita. Mantapkan didikan agama dan akhlak.
Ajar anak-anak batas pergaulan dan keselamatan diri. Tahu suasana sekolah dan rakan-rakan mereka.
Bimbingan dari rumah adalah benteng yang paling kuat menghadapi apa jua cabaran.
Dunia sekarang mencabar tetapi jangan sampai ketakutan mematikan peluang anak untuk berdikari.
Kita serahkan apa yang di luar kawalan kepada Allah. Doa ibu bapa adalah senjata yang paling kuat.
#gambarhiasan

Comments
Post a Comment