Semalam che kak tengok cerita hantu. Bukan hantu seram tapi hantu comel.
Filem The Red Envelope memang bijak gabungkan komedi, misteri, emosi dan elemen supernatural.
Cerita ini mengisahkan Menn, seorang bekas penjenayah yang kini bekerja membantu polis.
Suatu hari, dia tersalah ambil sampul merah rupa-rupanya itu kontrak perkahwinan roh. Ingatkan ada duit dalam angpau tu.
Dia kena kahwin dengan roh lelaki gxx bernama Titi yang sangat dramatik dan comel pula tu.
Nenek Titi yang beria nak buat majlis kahwin cucunya kerana percaya cucunya masih ada urusan di dunia yang belum selesai.
Bayangkan hidup dengan hantu yang ikut ke mana saja, suka mengomen dan menyakat.
Walaupun banyak babak kelakar, sebenarnya ada misi besar. Menn perlu bantu Titi selesaikan misteri kematiannya.
Dari situ bermulalah penyiasatan mereka terhadap sindiket dadah.
Kenapa Che Kak Kata Best?
Chemistry Menn & Titi padu gila. Walaupun seorang manusia dan seorang roh, interaksi mereka natural, kelakar dan ada masa buat hati rasa sebak.
Jalan cerita pelik tapi menjadi. Kahwin dengan roh lelaki? Sangat mengarut kan? Tapi filem ni pandai olah sampai kita rasa benda tu masuk akal dalam dunia mereka. (Jangan tiru!)
Ada humor, misteri dan touching. Tapi penuh mesej tentang kemanusiaan.
Banyak pengajaran yang kita dapat dari filem ini.
Jangan cepat menilai orang. Kadang orang yang paling kita tak suka la yang paling banyak ajar kita sesuatu.
Semua orang layak dapat peluang kedua. Macam Menn yang cuba jadi lebih baik.
Persahabatan boleh datang dari bentuk paling pelik. Serius, siapa sangka jadi rapat dengan hantu?
Kebenaran tetap kebenaran. Pahit macam mana pun, tetap kena hadap. (Kekasih curang dan secret admire rupanya pembelot).
Roh Titi suruh Menn delete gambar-gambar dengan kekasihnya. See, moralnya jangan ambil gambar pelik-pelik masa hidup. Kitanya bukan boleh jadi hantu macam Titi suruh orang padam.
Ada twist yang touching. Bapa Titi sebenarnya cuba selamatkan anaknya daripada bekas kekasih bukan sebab isu orientasi.
Tapi sebab kekasih tu menipu dan ambil kesempatan atas Titi.
Tapi bapa Titi garang sangat. Titi pula anak remaja yang mudah sensitif.
Jadi, kalau suka filem ringan tapi ada isi, ada komedi tak cringe, ada momen dan watak yang buat kita sayang, The Red Envelope ni bolehlah buat healing-healing.
Thailand memang champion buat filem eLGiBiTi dan friendly yang buat kita rasa dekat dengan watak. Aduhai. Promosi secara halus ke ni?
Pandia betul Thailand buat filem. Kita jadi ralik tengok bukan sebab orientasi mereka tapi sebab sifat kemanusiaan mereka.
#gambarhiasan

Comments
Post a Comment