22 tahun yang lalu, che kak naik tangga hingga tingkat 15 sebuah flat di Kuala Lumpur.
Turun semula 15 tingkat. Dalam keadaan mengandung pula. Semuanya gara-gara lif rosak.
Sampai sahaja di pejabat terus tertidur di surau. Penat oi. Memori sungguh.
Dulu, menyiasat kes di kawasan flat dan setinggan memang rutin.
Melompat atas meja makan di rumah klien Non Muslim pun perkara biasa. Memori sungguh.
Hari ini, berkesempatan pula teman pegawai kes melawat kes bantuan di sebuah flat di kawasan Kota Bharu.
Terasa kembali vibe Kuala Lumpur.
Baru naik separuh tingkat daripada 23 tingkat, gayat yak amat. Kepala mula pening.
Balik ke pejabat terus telan Panadol, kemudian lelapkan mata sekejap di bilik. Sebelum tu, singgah makan dulu. Makan tok leh ttala wei.
Sebenarnya, ini memori yang indah apabila kita sebagai Pekerja JKM turun ke lapangan.
Di lapangan, kita bukan sekadar membawa borang dan pen untuk catat maklumat bagi penyediaan laporan.
Kita datang untuk menyiasat, menilai, mendengar dan memahami.
Kita melihat sendiri realiti kehidupan klien, keadaan rumah, persekitaran, sokongan sosial dan cabaran sebenar yang mereka hadapi.
Di situlah empati dibina, keputusan dibuat dengan lebih adil dan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan.
Kerja lapangan memang meletihkan tetapi di situlah terletaknya makna sebenar perkhidmatan sosial.
Ada juga kes didapati tidak layak menerima bantuan.
Namun melalui kerja lapangan, keputusan itu dibuat dengan lebih yakin, adil dan berfakta kerana kita telah melihat sendiri realiti kehidupan klien.

Comments
Post a Comment