Skip to main content

Cara Mudah Cukupkan 40 Jam Kursus Penjawat Awam Secara Online

Bulan lepas memang risau juga sebab jam kursus masih tak bergerak-gerak. Fikir juga macam mana nak cukupkan 40 jam dan nak “cekau” sijil kursus 😅

Rupanya Jabatan Pembangunan Wanita melalui PPWN negeri masing-masing banyak menyediakan kursus secara online. Setiap kursus pula bernilai 1 jam.

Memang marathon jugalah tengok kursus sambil sentiasa berjaga-jaga dengan QR sijil penyertaan. Ada yang berjaya dapat sijil, ada juga yang terlepas 😆

Kursus JPW ni boleh didaftarkan melalui sistem iJPW. Dalam tu memang banyak pilihan kursus yang menarik.

Selain itu, sempat juga join kursus daripada Institut Sosial Malaysia dan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Akhirnya bukan setakat cukup, malah jam kursus terus berlebih-lebih pula 😂

Ketua Unit kami pun ada kongsikan kursus melalui sistem eLatih. Che Kak cuba daftar dan tengok kursus yang ditawarkan memang menarik.

Hanya perlu tonton video dan masa pun fleksibel. Siapa yang masih belum cukup jam kursus tu, bolehlah cuba kursus di eLatih. Tengoklah sampai lebam 😄

Che Kak pun join juga, bukan semata-mata nak kumpul jam kursus, tapi sebagai ilmu pengetahuan dan pembelajaran kendiri.

Comments