Skip to main content

Tular Kisah Paha Ayam: Salah Ke Kalau Kita Ada Bahagian Kegemaran?

Tular kisah paha ayam. Hadoi... Risau pulak che kak. Che kak kalau nak makan ayam terutama lauk ayam goreng pasti akan minta paha ayam.

Biasanya che kak request dengan elok-elok tau. Nok poho aye buleh?

Setakat ni, kebanyakan kedai okey je. Kalau tertukar, che kak tanya balik dengan baik. 

Kalau memang dah habis, kedai pun biasanya akan maklum dan tanya nak ganti bahagian lain tak.

Che kak makan je bahagian lain tu. Takde la sampai nak marah-marah atau bergaduh.

Bagi che kak, tak salah pun kalau kita ada bahagian kegemaran. Tak payah la nak gaduh-gaduh kerana paha ayam. 



Comments