Seminggu bercuti. Banyak perancangan tergendala. Tapi okey je. Raya cara kita.
Che kak ambil peluang cuti panjang untuk kemas kini blog. Ada dua ebook lagi yang masih tertangguh nak siapkan. Entah bila nak rajin sambung buat π
Semalam dah mula kerja balik. Lemau weiii. Tapi bila tengok fail berderet di tepi dinding, terpaksa juga kuatkan semangat.
Minit fail ni memang perlukan kerajinan tahap kuasa dua π
Tiba-tiba Kak Na call tanya boleh tak tukar duty kaunter. Tak sampai hati pula bila kawan minta tolong, lagipun kebetulan tak ada tugasan urgent.
Alhamdulillah semalam klien pun tak ramai. Masih boleh handle dan melayan dengan tenang.
Ada cerita sebenarnya… tapi nanti Che Kak cerita lain kali la. Itupun kalau rajin nak menulis π
Hari ini sambung siapkan minit fail juga. Prosesnya bukan semudah sign je tau.
Sambil-sambil update sijil kursus dalam HRMIS.
Alhamdulillah, setakat ni dah capai KPI #PemburuSijilKursus40Jam π
Ada rezeki dapat hadiah best π€²
Laporan bulanan pula che kak dah siap awal-awal sebelum cuti. Sebab memang dah tahu lepas cuti panjang mesti lemau giler.
Sebab tu che kak tertarik dengan ayat dalam gambar ni. Sumber Public Health Malaysia.
Jangan paksa diri terus laju.
Yang penting tetap buat kerjaπͺ

Comments
Post a Comment