Skip to main content

Bila Hati Terluka Terlalu Lama: Keputusan Melepaskan Demi Ketenangan Hidup

Akhirnya setelah Che Kak memilih untuk cut off hubungan dengan seseorang yang selama ini membuatkan diri sentiasa triggered dan menggigil ketakutan, hati terasa jauh lebih lega.

Pada awalnya memang ada rasa bimbang. Takut dianggap memutuskan silaturahim.

Namun Che Kak tahu, selama ini Che Kak sudah cuba sedaya upaya menjaga hubungan itu. Bersabar walaupun hati sering terluka.

Akhirnya Che Kak sedar, ada hubungan yang semakin dipaksa untuk dipertahankan, semakin memakan diri sendiri.

Benar, rasa lega itu nyata. Jiwa juga terasa lebih tenang.


Dan Che Kak akui, bukan bermaksud Che Kak ini tiada salah. Che Kak juga manusia biasa. Tetapi sekurang-kurangnya, Che Kak sudah berusaha sebaik mungkin.

Hari-hari mendatang, Che Kak serahkan semuanya kepada takdir Allah.

Penat sebenarnya menjaga hati orang, sedangkan hati sendiri seolah-olah tidak pernah penting.

Apa sahaja yang dilakukan, semuanya nampak salah di mata mereka. Baik macam mana pun kita cuba, tetap juga disangka buruk.

Tak mengapalah. Mungkin kalian yang lebih betul dalam segala hal.

Kini Che Kak mahu belajar untuk lebih fokus pada diri sendiri dan keluarga kecil Che Kak. Anak-anak masih panjang lagi perjalanan hidup mereka. Mereka lebih memerlukan perhatian, kasih sayang dan kekuatan daripada Che Kak.

Cukuplah lelah selama ini. Sampai masa untuk memilih ketenangan demi diri sendiri dan insan-insan yang benar-benar menghargai.

Comments