Skip to main content

Menyantuni Mangsa Kebakaran Kg Gok Kapor Kota Bharu

 Hari ini (9.6.2026) kami berkesempatan menyantuni mangsa kebakaran di Kg Gok Kapor. Sejak semalam lagi Team Unit Bencana telah turun membantu mangsa dari segi keperluan asas.

Hari ini pula kami membantu dari sudut pendaftaran MyIBJKM dan bayaran Tabung Bantuan Segera. 







Penatnya memang terasa mengalahkan angkat batu bata.

Kami juga berbesar hati menerima kunjungan YB Dato' Rohani Binti Ibrahim (Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan).

Turut hadir Tuan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti serta pegawai dan kakitangan JKMN Kelantan.

Sebelum itu, kami ingin mengucapkan salam takziah buat semua mangsa. Ujian daripada Allah ini pasti ada hikmah yang Allah ingin berikan. 

Bau asap terbakar bercampur dengan bau yang sukar digambarkan benar-benar menyentuh hati melihat kemusnahan yang berlaku.

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan kediaman ini.

Syukur Alhamdulillah kerana tiada kehilangan jiwa dilaporkan. 

Banyak mangsa menerima sumbangan daripada pelbagai pihak bagi meringankan beban mereka. Namun, rasanya ketika ini mangsa lebih memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan lain selain sumbangan barangan.






Semua pihak ingin turun membantu. Bantulah dengan apa yang kita ada dan mampu seadanya. Yang penting ialah keikhlasan dan usaha untuk meringankan beban mereka.



Comments