Puisi: Wajah senja itu

Wajah senja itu,
Menanti cahaya malam berlabuh,
Namun di hatinya,
Masih tersimpan seribu resah.

Menyaksikan detik-detik
Malaysia bernafas kini,
Dua puluh dua tahun mengemudi arah,
Bukan mudah langkahnya menapak sejarah.

Putrajaya berdiri megah,
Mercu cinta pada tanah tumpah,
Dunia menyapa nama Malaysia,
Kerana pemimpin berjiwa wawasan.

Wajah senja itu,
Akhirnya melangkah pergi,
Tinggalkan kerusi penuh erti,
Dengan harapan perjuangan diwarisi.

Anak didik menyambung cita,
Demi rakyat, demi negara tercinta.
Suatu ketika dahulu,
Suaramu lantang, bicaramu jitu.

Kini 
Wajah senja itu diusir perlahan,
Dengan hemah yang masih melukakan.
Terguris hati,
Rakyat yang menyayanginya.

Melihat wajah senja itu,
Diperlakukan sebegitu,
Hati kami pun tersayat,
Kerana budi tidak pernah luput.