Siapa Kita Nak Tentukan Syurga Atau Neraka?”
Siapalah kita untuk melabelkan seseorang itu ahli syurga atau neraka?
Syurga dan neraka itu hak mutlak Allah.
Kita masuk syurga bukan kerana banyaknya pahala semata-mata, tetapi kerana rahmat dan redha Allah. Kalau ikut timbang amalan kita, memang tak lulus.
Tapi Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Kita lihat orang hidup bergelumang dengan maksiat. Lalu kita cepat-cepat label:
“Ahli neraka.”
Tapi siapa tahu mungkin di hujung nyawa, dia bertaubat dan Allah terima taubatnya.
Sedangkan kita sendiri, dah bertaubat ke belum?
Dosa lama? Dosa sembunyi? Dosa dengan manusia?
Jangan lupa, Rasulullah yang maksum pun bertaubat setiap hari.
![]() |
Gambar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan tajuk ini. Antara ustaz yang sangat best apabila dengar tazkirah beliau. |
Kita pandang orang tak tutup aurat, kita kutuk dan menghukum.
Tapi apa usaha kita untuk berdakwah dengan hikmah?
Pernahkah kita hadiahkan tudung? Pernahkah kita tunjukkan kasih, bukan caci?
Kita tahu dosa mencuri, tapi adakah kita hulurkan bantuan agar mereka tak perlu mencuri lagi?
Dakwah itu bukan hanya cakap. Ia juga tindakan, sentuhan dan empati.
Kita tengok seseorang solat berjemaah di masjid lima waktu kita anggap dia ahli syurga.
Tapi siapa tahu dia abaikan nafkah isteri, menyakiti hati ibu, dan sengaja tak bayar hutang?
Kita rasa diri kita baik, tapi pada masa yang sama:
Kita buang sampah dari tingkap kereta.
Kita membazir makanan di kenduri.
Kita tinggikan suara pada ibu sendiri.
Gelaran seperti ustaz, ustazah, PU, imam, menteri agama... bukan jaminan syurga.
Bahkan tanggungjawab mereka jauh lebih berat untuk menyampaikan, membimbing, memikul amanah.
Tapi kita yang biasa ni pula, apa usaha kita cari ilmu?
Atau cukup sekadar menghukum dari jauh?
Akhirnya, jangan sibuk menilai syurga orang,
sedangkan kita sendiri belum pasti akan ke mana.
Taubatlah.
Berhenti menghukum.
Mulakan dakwah dengan kasih, bukan benci.
Dan ingat:
Mereka yang berdosa hari ini, mungkin lebih mulia di sisi Allah esok hari.
Comments
Post a Comment