Dah lama sungguh tak berkursus secara bersemuka. Apatah lagi keluar negeri.
Atas asbab ganti kawan, maka che kak pun sampai la di Masjid Tanah, Melaka.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kami suami isteri PJJ dulu…
Masa lalu bandar Masjid Tanah tadi, che kak cuba gali semula memori lama.
Cuba juga nak intai di mana stesen bas tempat kenangan itu terpahat. Tapi tak nampak pula…
Dulu, setiap Jumaat, ada seorang suami setia tunggu isterinya sampai di stesen bas.
Dan setiap Ahad, dia jugalah yang hantar isteri balik ke KL.
Tiket masa tu kalau tak silap, RM8 sehala. Sekarang… entah berapa agaknya ye?
Sampai saja di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, terus sertai kursus – sebab hari ni hari pertama.
Badan penat, otak blur, tapi nasib baik tak mengantuk sebab sesi memang enjoy sangat.
Oh ya! Lupa nak cerita…
Tengahari tadi, sempat singgah makan kat depan Pejabat JKM Gua Musang.
Gulai ikan keli & sayur pucuk paku goreng – perghh, sedap! Harga pun murah sangat.
Eh eh… syoknya staf JKM Gua Musang, kedai Eco betul-betul sebelah ofis diorang je. 😆
Comments
Post a Comment