๐งบ Rasa Malas Tapi Kena Buat Juga! ๐ช
Dah 2-3 hari mata che kak sakit tengok kain tak lipat.
Tertengok sarang labah-labah, tersentuh habuk & debu, tapi…
Layan jugak rasa malas.
Akhirnya malam ni, tergerak juga nak kemas mana yang patut.
Bukan reti sangat deko-deko, tapi setakat nak:
๐งฝ Sapu sampah
๐ Gonyoh bilik air
๐งด Cuci itu ini masih boleh lagi la!
๐ฉ๐ง๐ฆ Anak Dah Besar Lega Sikit
Alhamdulillah, anak-anak che kak dah besar.
Ringan sikit kerja rumah.
๐♂️ Anak lelaki, ๐♀️ anak perempuan semua kena buat kerja rumah.
Cuma si Awaatif je yang suka ngelat sikit. Manja kededek ๐
Che kak pun dah lupa bila last kali basuh beras.
Anak-anak dah pandai bergilir basuh beras, walaupun asyik kena “petik nama” baru gerak. Haha!
๐ณ Anak Lelaki Pun Pandai Masak
Abang Nan tu paling rajin. Tak payah suruh pun, memang suka tolong kat dapur.
Nak makan jeput, boleh harap kat dia.
Suami che kak? Masterchef kami sekeluarga.
Kalau nampak che kak post menu kat Facebook tu…
Haaa, itulah hari che kak masak! ๐คญ
๐ Ilmu Rumah Tangga, Ajar Dari Kecil
Che kak percaya ajar dari kecil.
✅ Masak nasi
✅ Masak lauk basic
✅ Letak baju dalam bakul
✅ Tolong basuh, sidai & lipat
✅ Susun baju dalam almari
✅ Sapu, buang sampah, cuci tandas
๐งผ Bab Kebersihan, Jangan Ambil Ringan
Kalau kita tanam kesedaran sivik, anak pun takkan sanggup buang sampah ikut tingkap kereta.
Mereka akan simpan sampai jumpa tong.
Itulah akhlak & tanggungjawab.
Anak perempuan pula kena ajar cara buang modes dengan betul.
Takde la satu hari nanti kita singgah tandas awam, tiba-tiba ternampak 'pemandangan tragis' yang sepatutnya tak berlaku ๐คฌ
๐ง๐ป Ibu Bapa, Cermin Pertama Anak-Anak
Semuanya bermula dari kita.
Kitalah yang perlu jadi contoh.
Walaupun penat, walaupun berbuih mulut hari-hari, jangan jemu. Jangan putus asa.
Suatu hari nanti, bila kita tiada…
mereka akan ingat dan amalkan apa yang kita ajar dengan penuh kasih.
Comments
Post a Comment