Catatan 10 April 2022: Antara Ziarah, Zipper & Mac & Cheese
Hari ini berkesempatan menziarahi beberapa kes pesakit dan OKU terlantar, bersama adik praktikal.
Risau juga mulanya, takut penat dan dahaga, tapi Alhamdulillah... Allah permudahkan.
Sebelum gerak, che kak sempat minta mantan pekerja kes Dun S lukiskan peta kampung — ye, peta manual atas kertas! ð
Che kak memang tak berapa ngam dengan Waze. Nanti tak pasal-pasal dia bawa masuk jalan tikus lalu hutan bana mana entah ðĪŠ
Ada satu rumah tak berjaya masuk — pagar jauh dari pintu, berkunci, dan tiada loceng.
Melaung pun tak sanggup takut anak tekak tercabut ð
Call pun tak dijawab. Jadi tinggalkan nota, selit kat pagar. Harap tuan rumah jumpa dan hubungi semula nanti.
Terharu Dengan Pengorbanan Penjaga
Che kak sangat kagum dan hormat dengan penjaga yang sabar menjaga pesakit/OKU terlantar.
Bukan senang, ya. Bukan setakat tenaga tapi mental dan emosi pun teruji.
Buat ahli keluarga yang lain, tolonglah jangan lepas tangan.
Jangan berkira sangat bab duit dan tenaga.
Kalau balik kampung pun, bantu sama-sama. Jangan biar satu orang saja pikul semua beban.
Balik Kerja, Hidup Masih Jalan
Selesai ziarah, balik kerja terus singgah pasaraya.
Abang Nan minta nak makan mac & cheese. Siap wasap bahan-bahan.
Dia memang rajin Google resepi dan share kat grup Telegram ‘Resepi’ — yang ahli cuma kami dua orang! ð
Lepas tu, singgah rumah ma untuk hantar barang jahitan.
Stress oii cari zip dan benang matching dengan kain pelanggan! ðĪŊ
Orang selalu fikir, "Jahit je pun, senang la tu."
Tapi nak cari zip pun boleh tercabut urat kepala, tahu? ð
Dan kepada yang tak bayar upah jahit tu…
Che kak sumpah korang pakai je baju ready made. ðĪŠ
Penutup
Hari ni memang penat.
Tapi bila kenang balik...
Ziarah pesakit, tengok sabarnya penjaga, beli barang dapur untuk anak, bantu mak…
Semua tu rahmat dan nikmat yang Allah beri dalam bentuk yang tak selalu nampak.
Syukur.
Comments
Post a Comment