Apa yang seronok sangat jadi artis muda kalau tiada ilmu, dik?
Glamor tu bukan jaminan masa depan. Sekarang orang puji, esok belum tentu. Cuba tengok ramai artis yang berjaya dalam kerjaya seni mereka juga cemerlang dalam pendidikan. Ada ilmu, ada akhlak, dan ada wawasan. Contohnya, arwah Sudirman. Bukan sekadar penyanyi hebat, tapi juga seorang peguam yang berjiwa seni dan rakyat. Itulah baru dikatakan ‘ikon’.
Tak dinafikan, ada juga artis berjaya tanpa pendidikan tinggi. Tapi mereka dikenali kerana bakat luar biasa, bukan sebab kontroversi atau berpakaian seksi. Mereka bangunkan nama, bukan kejar sensasi.
Rugi masa kanak-kanak tu dik, kalau terlalu awal dikejar dunia glamor.
Ada peluang belajar, tapi disia-siakan.
Tak merasa keseronokan belajar sambil bermain.
Tak merasa kena denda cikgu sebab tak buat kerja rumah.
Tak merasa masuk pertandingan nyanyian sekolah, sukan, pidato, teater, semua tu juga tempat lahirkan bakat.
Bayangkan, pelajar OKU yang tak dapat sijil pun masih datang sekolah sebab mereka tahu nilai ilmu dan pembangunan diri.
Ilmu bukan semata-mata sijil, tapi kalau tak belajar… mana nak dapat ilmu?
Jadi jangan sombong sangat dengan ‘populariti sementara’. Dunia seni ni kejam dik. Bila dah tak laku, tak siapa peduli.
Ramai artis baru hari ni tenggelam, sebab terlalu ramai.
Kalau tak ada keunikan, bakat luar biasa, atau sikap yang baik, orang tak akan ingat.
Lagi-lagi kalau dikenali sebab kontroversi, bukan prestasi.
Sampai masa, akan jatuh tergolek juga ke bawah.
Sampai masa, nama pun akan terkubur.
Jadi dik, sebelum terlalu syok dikejar kamera dan likes, kejarlah ilmu dulu. Biar tak popular sekarang, asalkan berilmu sampai mati.
Comments
Post a Comment