Kaki Pukul Bukan Suami Sejati
Sebagaimana kita tak suka dipukul, ditampar, dihina, dan dikongkong dengan cemburu buta — begitulah juga seorang isteri.
Kenapa bila bergelar suami, kekejaman itu tiba-tiba jadi "hak milik"?
Dan lebih menyedihkan, kenapa masih ada isteri yang sanggup bertahan hidup dengan suami kaki pukul dan panas baran — bertahun-tahun lamanya? Sampai rosak mental dan fizikal. Sampai kena rawat psikiatri. Sampai hilang harga diri.
Anak Gadis Bukan Untuk Dipukul
Bayangkan…
Seorang bapa membesarkan anak perempuannya sejak lahir — mandikan, suap makan, jaga waktu sakit, peluk waktu takut, cium dahi setiap malam.
Kemudian bila tiba hari ijab kabul, dia serahkan amanah itu kepada seorang lelaki yang diharap menjadi pelindung.
Tapi… anaknya dipukul pula.
Si bapa sanggup ke tengok semua tu?
Kalau si suami tahu rasa cinta seorang ayah, dia takkan sesekali angkat tangan ke muka isteri.
![]() |
Kalau inilah bapa mentua, berani tak agaknya nak buat aniaya kat isteri? |
Suami Bukan Dinilai Pada Rupa
Jangan tertipu dengan wajah tampan, pakaian alim, atau status sosial.
Kaki pukul bukan semestinya muka bengis.
Kadang yang kita sangka lelaki baik, rupanya menyimpan sisi gelap yang isterinya tanggung sendirian setiap malam dengan lebam, tangisan, dan luka yang tak nampak di mata umum.
Dan bila isteri dikatakan “jahat” atau “kurang taat” — ingat, Islam mengajar bimbingan, bukan hukuman.
Berhenti Bagi “Peluang” Lagi
Jangan rasa bersalah untuk keluar dari keganasan rumah tangga.
Jangan tunggu suami berubah kalau dia tak pernah mahu berubah.
Percayalah, menunggu suami panas baran berubah tu umpama tunggu artis Hollywood datang singgah rumah — penantian yang hanya buat kita lebih menderita.
Comments
Post a Comment