Biasan: Cerita Jujur Dari Cermin

Ada satu lagu yang Che Kak memang suka sangat lagu lama tapi tak pernah lapuk dek zaman. Lagu “Biasan” nyanyian To’ki.


🌫️ “Biasan kaca itu tersenyum memandangku…”


Bait pertama pun dah cukup buat Che Kak termenung. Hari-hari kita tengok cermin betulkan tudung, tengok muka senyum ke masam. Tapi kadang-kadang, cermin tu macam tahu… senyuman tu palsu.


Cermin tak pernah menipu. Ia pantulkan segala yang kita cuba sorok jiwa yang letih, kesal bertahun-tahun, dan luka yang kita sendiri tak mahu hadap.


💔 “Aku yang bersalah, janji tak kuindah…”


Lagu ni bukan sekadar kisah hati yang dikhianati. Kadang-kadang, kita juga pernah jadi penyebab luka orang lain. Kita pun pernah gagal menepati janji.


🚪 “Bebaskanlah aku dari pintu kaca yang bermadu…”


Kita selalu fikir kenangan manis akan beri kekuatan. Tapi rupanya, itu jugalah yang mengurung kita. Kita masih rindu pada waktu dulu, zaman main galah panjang petang-petang, gelak dengan kawan yang sekarang entah ke mana.


Yang dulu rapat, sekarang dah bawa haluan sendiri. Tapi dalam hati, kenangan tu masih hidup. Kadang-kadang terlalu hidup, sampai susah nak lepaskan.


🌑 “Ku cinta dia, bayang wajahmu…”


Cinta tu masih ada. Mungkin bukan cinta pada pasangan, tapi cinta pada zaman yang lebih polos. Cinta mak ayah masa belum bercerai, cinta kawan-kawan kecil, cinta hidup yang tak serumit sekarang.


Semalam Kak Ilah tanya kenapa dah tak pakai tudung labuh macam zaman sekolah Arab dulu. Che Kak terdiam. Tak ada jawapan. Yang tinggal cuma rasa bersalah dan kenangan dulu.


Pagi tadi, Kak Ilah pakai tudung Che Kak masa kahwin 22 tahun yang lalu. Comelnya 'Che Kak'. Hehe.


Apa Makna Lagu Ini, Sebenarnya?


Lagu Biasan bukan nak suruh kita menangis. Ia nak kita jujur dengan diri.


Kita pernah silap? Ya.

Kita pernah kecewa? Ya.

Kita pernah lari sebab tak tahu cara nak hadapinya? Pun ya.


Tapi sampai bila nak biarkan bayang-bayang tarik kita ke belakang?


Kita kena belajar maafkan diri.

Bukan sebab kita suci,

Tapi sebab kita nak terus hidup… tanpa dibelenggu biasan.


To’ki bukan sekadar nyanyi.

Dia macam bercerita tentang kita semua.


Lagu ni tak perlu muzik gah.

Tak perlu lirik berpintal-pintal.


Cukup satu cermin dan semua rasa akan keluar satu persatu.


Kalau korang tengah dengar lagu ni,

itu bukan sebab lagu ni terlalu sedih.


Tapi sebab lagu ni jujur.

Dan kadang-kadang…

kita paling takut nak berdepan dengan jujur yang datang dari dalam diri.



Comments