Hari ni Che Kak nak sembang santai sikit pasal motivasi kerja. Alaaa… topik yang ramai malas nak hadap, tapi dalam diam semua pun pernah rasa “down” masa kerja, kan? Jangan tipu laaa… Che Kak pun kadang-kadang rasa jugak! 🙈
Pernah tak korang bangun pagi, lepas gosok gigi, terus rasa:
"Ya Allah… malasnya nak buat kerja hari ni..."
Atau…
"Kenapalah rasa lesu semacam je bila tengok fail-fail ni?"
Haaa, kalau korang pernah rasa macam tu, meh rapat. Hari ni Che Kak nak share tips motivasi semasa bekerja, yang Che Kak korek dari infografik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi ini versi Che Kak. Ikut realiti hidup dan rentak kita sendiri 😎
✅ 1. Cari Geng Yang Boleh Naikkan Mood
Serius ni… kerja dengan geng ‘sekepala’ memang lain macam feel dia.
Kadang bukan sebab kerja ringan pun, tapi sebab ada geng positif sekeliling kita, mood pun naik!
Geng makan pagi ada. Geng makan tengah hari wajib.
Geng jalan-jalan kat Lotus’s pun ada.
Geng kopi. Geng berbual. Geng melepaskan perasaan 😆
Kadang-kadang tu, sembang dua tiga patah pun dah rasa macam lepas beban tekanan.
✅ 2. Terima Teguran Dengan Hati Lapang
Che Kak dulu jenis keras hati sikit. Bila orang tegur je, hati dah tersentap:
"Apsal dia ni nak sound aku pulak?"
Tapi lama-lama Che Kak belajar… kadang teguran tu datang sebab orang nampak potensi kita. Bukan sebab dia benci kita.
Terima je dengan senyuman.
Dalam hati tu tapis elok-elok. Mana yang boleh pakai, pakai. Mana yang tak relevan, simpan dalam tong recycle 😌
✅ 3. Tahu Bezakan Tugas Kerja & Tugas Peribadi
Yang ni penting sangat.
Che Kak dulu pernah burn out sebab semua benda nak buat serentak. Akhirnya, semua pun tak jalan 😅
Kalau waktu kerja, fokus kerja.
Kalau waktu rehat, please rehat betul-betul.
Jangan campur aduk hal rumah, hal anak, hal kerja, hal drama Korea. Semua ada slot dia masing-masing.
✅ 4. Kena Fleksibel, Jangan Keras Kepala
Kalau plan A tak jadi, try plan B. Kalau tak jalan jugak... try plan Z terus!
Hidup ni bukan drama TV,tak semestinya semua ikut skrip kita.
Che Kak belajar, bila kita belajar ikut arus dan suasana, kita lebih tenang. Kita jadi kreatif cari jalan.
✅ 5. Belajar Bersyukur – Banyak Nikmat Kita Ada
Kadang bila rasa stres, Che Kak duduk diam… tarik nafas panjang, dan fikir:
"Aku masih ada kerja. Masih sihat. Masih ada orang sayang. Masih boleh minum kopi pagi-pagi." ☕
Nikmat tu banyak kalau kita nak kira. Dan bila hati bersyukur, emosi pun jadi lebih ringan dan tenang.
✅ 6. Rehat Sekejap Tak Salah Pun
Che Kak dulu-dulu rajin sangat. (perasan!) Konon nak jadi produktif 24 jam. Tapi akhirnya, penat sendiri je. Mental koyak 😅
Sekarang Che Kak belajar, kalau rasa lemau, pause jap.
Jalan keliling pejabat ke, jenguk pokok bunga ke, sembang dengan kucing ke.
Kalau kat ofis, terapi Che Kak paling best… jenguk kawan sambil menyibuk tengok dia buat kerja 😆
Kerja ni macam lari marathon bukan lari pecut 100 meter.
Kita kena pandai jaga rentak, jaga hati, jaga diri.
Kalau rasa lemau, tak bermotivasi… ambik masa. Tarik nafas, basuh muka, minum air, dan ingat balik:
Kenapa kita mula dulu?
Ingat tau...
Kita ni manusia, bukan mesin.
Takpe kalau hari ni slow, janji kita tetap jalan.
Okay la… Che Kak nak pergi buat kopi dulu ☕
Korang pulak, jangan lupa jaga diri & kerja elok-elok. Kalau ada tips motivasi sendiri, komen kat bawah tau! Kita saling support 💛
Comments
Post a Comment