Cempedak: Antara Mengidam dan Kenangan

Tadi che kak beli buah cempedak. Harga RM10 sekilo. Masa beli tu, che kak tak pasti mahal ke, murah ke, atau harga semasa. Tapi disebabkan dah teringin sangat nak makan, terus je ambil tanpa fikir panjang.


Alhamdulillah, isinya besar-besar dan puas juga dapat makan. Memang berbaloi la rasa. Tapi bila tengok harga, teringat satu kenangan manis masa mengandungkan abang Aiman dulu...



Waktu tu, che kak mengidam nak makan buah cempedak. Kami laki bini pergi beli sebiji. Harga tak silap masa tu RM4 je sebiji. Ingatkan cukup la buat berdua.


Dengan penuh semangat menanti suami belah buah tu… tudiaaaa — ada empat ulas je awok wei! 😅

Dua untuk che kak, dua untuk suami. Jadilah... buat rasa-rasa.


Masa kecil dulu lain, puas makan buah cempedak free je. Pokok tepi rumah, petik bila nak makan. Tak payah fikir pasal harga sekilo ke, berapa ulas ke. Kadang goreng, kadang makan gitu je. Bau dia memang menggoda!


Tadi anak-anak tak berapa excited pun masa abi diorang hidang. Mungkin sebab jarang makan, depa tak biasa. Tapi che kak suka… bukan sebab apa, sebab teringat zaman kecil-kecil dulu. Buah cempedak ni bukan sekadar sedap, tapi penuh kenangan.



Comments