"Orang Kurang Upaya" Bukan Saja-Saja Dipilih
Dalam banyak-banyak perkara, satu perkara yang Che Kak paling perasan sekarang ni media suka sangat guna istilah “Kelainan Upaya”.
Bunyinya macam sopan sikit, tapi Che Kak tertanya juga, salah ke istilah “Orang Kurang Upaya” yang dah rasmi dalam undang-undang tu? Malah itulah yang betul!
Kalau kita rujuk Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685), istilah yang digunakan ialah “Orang Kurang Upaya” (OKU). Bukannya “Orang Kelainan Upaya” atau “Orang Istimewa”.
Akta tu bukan akta suka-suka, tapi satu perundangan rasmi negara kita. Dalam akta tu lah terletaknya pengiktirafan, hak, perlindungan dan kebajikan untuk golongan OKU.
Jadi Kenapa Suka Sangat Tukar-Tukar Istilah?
Che Kak tahu, kadang niat tu baik. Nak bunyi lebih lembut, lebih positif, lebih ‘mesra telinga’. Tapi dalam urusan rasmi niat baik tak cukup kalau tak ikut garis panduan.
Istilah bukan sekadar perkataan. Ia bawa makna, pengiktirafan dan kuasa undang-undang.
Contohnya:
Kalau guna istilah “Kelainan Upaya” dalam satu dokumen rasmi atau laporan, adakah ia terpakai dalam konteks undang-undang? Sudah tentu tidak. Sebab tak selari dengan apa yang termaktub dalam Akta.
OKU Tak Malu Dengan Istilah Tu
Sebenarnya, ramai dalam komuniti OKU sendiri tak malu dengan istilah “Orang Kurang Upaya”. Mereka tahu ia bukan label negatif, tapi satu pengiktirafan terhadap cabaran sebenar yang mereka hadapi dan asas untuk mereka menuntut hak yang sepatutnya.
![]() |
Gambar hiasan |
Tanggungjawab Kita? Guna Istilah Dengan Betul
Sebagai media, wartawan, penulis, guru, penceramah dan rakyat biasa pun kita kena hormat istilah rasmi ni.
Kalau kita sendiri tak guna istilah yang betul, siapa lagi yang nak guna?
Jangan takut guna istilah “Orang Kurang Upaya.” Jangan rasa bersalah nak sebut “OKU.”
Yang penting kita guna dengan hormat, bukan untuk hina.
Che Kak bukan marah, tapi geram sebab kita dah ada akta yang bagus tapi kita sendiri yang tak patuhinya.
Sekian celoteh Che Kak hari ni.
Kalau rasa bermanfaat, kongsilah. Kalau rasa tercuit hati, fikir-fikirkanlah.
#mantanPenyelarasOKUJajahan
Comments
Post a Comment