Nama diberi Nur Aimi Ramadhani,
kerana kelahiranmu menyambut bulan penuh barakah, Ramadhan.
Merasa "ganti puasa" selama sebulan sejak dalam dakapan, kerana kehadiranmu penuh makna dan pengorbanan.
Tarikh 11 Julai, dikongsi dengan bapa saudaranya, ayah Su yang tinggal di Banting, Selangor.
Aimi anak pertama yang merasa cuti tanpa gaji,
kerana cuti bersalin 300 hari telah pun dilunasi.
Dulu ingatkan dah cukup dengan lima cahaya hati,
rupanya Allah masih ingin mengurniakan rezeki.
Semoga Kakak Aimi terus membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat,
dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat.
Umi dan abi sayang sangat. 💖
Comments
Post a Comment