Justice For Zara

 ZARA


Zara bukan anak kita

Zara bukan adik kita

Zara bukan cucu kita

Zara bukan sesiapa pada kita


Namun ketahuilah

Zara adalah lambang

Lambang mangsa yang dinafikan hak

Lambang keberanian yang cuba dibungkam

Lambang kebenaran yang mahu dihapuskan


Jika hari ini kita diam,

esok,

kita pula yang akan menjadi Zara.


Hari ini kita berdiri

Hari ini kita bersatu

Hari ini rakyat bersuara!


Kerana apabila seorang dizalimi,

seluruh rakyat bangkit menuntut keadilan


Rakyat bersuara kerana percaya telah hilang

Rakyat bersuara kerana empati telah mati di hati para menteri

Rakyat bersuara kerana siasatan

sekadar melepaskan batuk di tangga

Rakyat bersuara kerana pesalah bagaikan ghaib

disembunyikan oleh tangan-tangan berkuasa


Apabila kebenaran dibungkam

kita semua adalah Zara!


Zara…

Doa apa yang kau bisik pada Allah

saat nyawamu direntap?


Kami di sini

berdiri sebagai saksi

bersatu sebagai janji

agar kematianmu

tidak sia-sia.



Comments