Bukan Bererti Tidak Peduli
Tidak menulis kisah Zara bukan bererti tiada peduli. Hakikatnya, ramai antara kita keliru dengan apa yang sedang berlaku.
Takut tersalah bicara, bimbang pula padah yang menanti. Lihatlah, ada yang sudah diambil tindakan undang-undang hanya kerana kata-kata sendiri. Sanggup pertaruhkan kerjaya sendiri.
Kerana itu, berhati-hatilah wahai sahabat. Bicara biarlah berlandaskan fakta, bukan sekadar untuk konten. Jangan sampai kesempitan dijadikan kesempatan.
Zahirkan rasa simpati, jauhi spekulasi. Serahkan pada Allah Yang Maha Esa, moga segala urusan dipermudahkan demi keadilan arwah Zara dan ibunya tercinta.
Ya Allah, berikanlah kekuatan buat ibu Zara. Moga barisan peguam bijaksana membantu menegakkan keadilan.
Kepada para pembuli. Benar, anda punya hak mempertahankan diri. Namun ingatlah, andai Allah campakkan rasa bersalah ke dalam hati, pada saat itu penyesalan sudah tiada gunanya lagi.
Comments
Post a Comment