Perbezaan Layanan Bengkel Melayu dan Cina

Teringat satu bengkel sebelah Petronas Pengkalan Batu, Pasir Mas. Che Kak memang suka servis kereta kat situ.


Tauke dia peramah, melayani pelanggan, comel pulak tu. Selalu kita bahasakan "mek" kalau perempuan Cina, kan? Baru je keluar dari kereta, pekerja dia terus datang tanya. Takde la kita macam tunggul. Barang spare part pun murah.


Yang paling penting  rasa selesa berurusan. Bukan minta layan macam raja pun. Cukup sekadar dilayan baik dan urusan kita selesai dengan elok.


Pernah juga cuba support kedai Melayu yang berdekatan.

Yelah, semangat nak bantu bangsa sendiri. Tapi hampa. Kita berdiri kat situ, dia boleh buat-buat tak nampak. Konon tengah sibuk tengok dalam bonet kereta.


Tak salah pun kalau nak cakap awal-awal, "Kak, nok gapo?"

Kita faham, bukan nak paksa terus buat pun. 


Tapi janganlah marah bila orang tak datang kedai. Sebab yang orang cari bukan murah semata, tapi rasa dihargai.


Kadang-kadang, bukan soal bangsa pun tapi sikap dan layanan tu yang buat beza besar. Bila kita masuk bengkel dan terus disambut, ditanya dan dilayan dengan sewajarnya, secara automatik kita rasa dihargai. Tak perlu layanan macam VIP pun. Cukup sekadar rasa dihormati sebagai pelanggan yang datang bawa rezeki.


Jangan salahkan tiada rezeki kerana layanan kita yang tentukan orang nak datang balik ke tak.



Comments