Siri 5 : Pengalaman Tukar Peguam Panel

Hari ini che kak nak kongsikan satu pengalaman yang agak mencabar emosi tentang berurusan dengan peguam panel bank.


Sebaik sahaja che kak lengkapkan borang untuk permohonan Anak Kelantan dan sediakan dokumen sokongan, pihak peguam panel bank mula menghubungi melalui WhatsApp. Mereka bertanya, “Dah siap isi borang dan dokumen?”


Che kak pun jawab dengan jujur, "Insya Allah, saya nak hantar sendiri ke Pejabat Tanah sebab memang ada urusan ke sana."


Maka, dia terus telefon. Nada suara agak tegas dan macam marah. Katanya, “Tak boleh macam tu, tak dibuat orang. Nanti tak ada siapa nak bertanggungjawab urus permohonan tu. Kalau ikut kami, proses boleh selesai dalam 3 hingga 4 minggu.”


Che kak terkedu. Rasa macam dimarahi walaupun tak buat salah pun. Niat che kak cuma nak mudahkan urusan, bukan susahkan sesiapa. Tapi cara mereka bercakap buat che kak rasa sangat kecil hati.


Bukan Soal Duit, Tapi Cara Diperlakukan

Kemudian mereka ingatkan semula untuk sertakan bayaran RM2,000. Tapi percayalah, bukan isu duit yang membuatkan hati che kak terganggu. Isunya adalah cara layanan yang langsung tak profesional dan tidak empati.


Masa tu, che kak jadi sangat down. Terduduk sekejap. Dalam hati terfikir, “Baru mula pun dah kena macam ni. Aku ni banyak lagi nak kena berurusan. Kalau awal-awal dah macam ni, macamana aku nak teruskan dengan tenang?”


Che kak terus berjumpa dengan Encik Dien dan whatsapp suami. Che kak luahkan semua rasa tak selesa dan kebimbangan. Alhamdulillah, mereka beri sokongan moral dan galakkan che kak supaya jangan takut buat keputusan.


Akhirnya, walaupun rasa gementar, che kak buat keputusan yang tegas. Che kak WhatsApp pihak peguam dan nyatakan hasrat untuk lantik peguam lain. Mereka cuba hubungi semula, tapi che kak tak angkat. Hati dah cukup terguris. 'First impression' sangat penting bagi che kak, terutama dalam situasi sosial dan profesional.


Terus Maklumkan Kepada Bank

Che kak terus maklumkan kepada pegawai bank, “Saya nak lantik peguam pilihan saya sendiri.” Mereka minta nama firma dan peguam. Masa tu spontan je, che kak tanya Encik Dien boleh ke kakak dia yang uruskan kes ni?


Alhamdulillah, boleh. Sejak itu, rasa lega yang sukar digambarkan. Che kak yakin semula. Encik Dien jadi tempat rujukan, tempat tanya apa-apa pun  walaupun soalan yang rasa “bodoh”. Tapi dia layan semua dengan tenang. Tak pernah buat che kak rasa kecil.


Insya Allah dalam entri seterusnya, che kak akan kongsi pula pengalaman di Pejabat Tanah dan Jajahan semasa urus permohonan Anak Kelantan.


Doakan semuanya dipermudahkan. 🤲🏼

Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.


Gambar hiasan

Comments