Siri 6: Pengalaman Mohon Anak Kelantan Tanpa Guna Lawyer

Selepas membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat peguam, Che Kak memberanikan diri menghantar sendiri permohonan Anak Kelantan ke Pejabat Tanah. Alhamdulillah, prosesnya mudah, cepat dan tidak rumit langsung! 


Kami  bertanya tentang SOP, tempoh proses, bayaran, dan prosedur lain. Mujur ada Bro Dien yang tolong tanya dengan Penggawa, yang juga merupakan kakitangan Pejabat Tanah. Jadi maklumat yang diterima memang boleh dipercayai.


Kebetulan Bro Dien ada urusan rasmi di Pejabat Tanah, jadi Che Kak ikut sekali. "Segan nak pergi sorang-sorang!" 😅 


Urusan di kaunter pendaftaran. Prosesnya pantas dan efisien. Bayaran hanya RM180 di kaunter bayaran. Katanya akan hubungi semula selepas siap sijil tersebut.


Tak lama selepas itu, Che Kak terima panggilan telefon, sijil sudah siap! Terkejut sebab proses sangat cepat dan tiada bayaran tambahan dikenakan.


Info Tambahan:

Tempoh sah sijil: 1 tahun

Untuk sijil versi seumur hidup, mungkin perlu lalui proses lebih panjang seperti mesyuarat Exco.


Pengajaran Dari Pengalaman Che Kak:

Buat sendiri kadang-kadang lebih mudah dan jimat.

Yang penting, berani bertanya, ikut saluran yang betul dan jangan takut berurusan terus dengan pejabat kerajaan.


Namun, jika tidak cukup masa, rasa prosedur rumit atau kes luar kawasan, maka guna khidmat peguam pun tidak salah. Boleh bantu follow-up dan uruskan dokumen secara profesional.


Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.

Comments