Selepas menerima sijil Anak Kelantan, che kak menyerahkan semua urusan pindah milik rumah kepada peguam untuk diuruskan.
Beberapa bulan kemudian, kami diminta hadir ke Pejabat Tanah bagi melengkapkan proses pertukaran nama. Che kak masih ingat dua borang penting iaitu Borang 14A dan 16A. Sebenarnya, banyak lagi borang yang terlibat, tapi dah tak ingat semuanya.
Che kak dan tuan rumah asal pergi bersama ke Pejabat Tanah, ditemani oleh Bro Dien. Sewaktu mencari parking selepas menurunkan tuan rumah dan isterinya, rupa-rupanya agen yang berada di Pejabat Tanah sempat tolong isi borang.
Che kak maklumkan kepada agen bahawa borang dah ada dan telah lengkap diisi. Agen itu terus tanya:
"Awak peguam ke?"
Che kak jawab, "Saya tengah tunggu peguam."
Katanya, borang yang disediakan oleh peguam memang kemas, sebab semuanya ditaip rapi.
Apabila nombor giliran dipanggil, banyak juga borang-borang yang perlu dicop.
Kemudian, kami masuk ke bilik ADO, tempat semua dokumen pindah milik perlu dicap jari di hadapan pegawai.
Sementara itu, tuan rumah sempat selesaikan bayaran cukai tanah.
Selesai urusan di Pejabat Tanah, kami ke Majlis Daerah pula untuk tuan rumah asal selesaikan cukai pintu.
Akhir sekali, semua dokumen diserahkan kembali kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Alhamdulillah, satu fasa penting dalam proses pemilikan rumah selesai. 🌸
Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.
Comments
Post a Comment