Che Kak dimaklumkan bahawa urusan seterusnya melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Setakat yang Che Kak faham, LHDN ni penting dalam urusan jual beli rumah sebab dia uruskan hal-hal berkaitan cukai dan pindah milik hartanah.
LHDN akan kenakan cukai kalau kita jual rumah dan dapat untung.
Cukai ini dikenali sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).
Che Kak tak berapa pasti jenis-jenis cukai ni sebab malas nak ambil tahu sangat pun 😅
Tapi yang penting, kalau jual rumah dan ada untung, memang ada kemungkinan kena cukai CKHT.
Sama ada pengecualian CKHT atau tidak, itu bergantung kepada situasi. Kena semak dengan peguam atau LHDN sendiri.
Che Kak dimaklumkan bahawa peguam dah uruskan permohonan pengecualian duti setem.
Kalau beli rumah harga RM500,000 ke bawah, boleh dapat pengecualian penuh duti setem (untuk pembeli rumah pertama).
Permohonan ini memang dibuat melalui LHDN, dan biasanya peguam yang akan bantu uruskan semua.
Pengecualian untuk rumah pertama. Alhamdulillah, Che Kak dapat pengecualian cukai sebab ini rumah pertama yang Che Kak beli.
Ini antara insentif kerajaan untuk bantu pembeli rumah pertama.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya peguam, LHDN atau Google je terus! 😄
Penafian: Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi semata-mata. Ia tidak mewakili pandangan atau pendirian mana-mana individu, jabatan, agensi kerajaan, atau organisasi swasta.
Comments
Post a Comment