Dulu masa kerja tak pernah terlintas pun nak beli rumah sendiri. Rasa macam tak mampu dan tak tahu nak menetap kat mana lagi.
Masa mula posting kerja di KL hanya mampu sewa bilik sahaja RM150 sebulan. Itu pun tergesa-gesa cari selepas menumpang beberapa hari rumah ahli keluarga.
Kemudian pindah ke Pasir Mas. Sewa rumah papan RM200 sebulan. Rumah besar, tapi tinggal sorang-sorang memang kesik la. Pukul 8.00 malam che kak berkurung dalam bilik tak keluar dah.
Kecuali hari apa ntah ada cerita CSI sampai pukul 11.00 malam. Lepas habis tu, cepat-cepat masuk bilik.😆
Nak cari bilik sewa memang tak ada. Jadi terpaksalah cari rumah dekat dengan pejabat sebab che kak tak ada kenderaan.
Lepas tu, Allah mudahkan rezeki suami beli rumah. Pun tinggal sorang-sorang sebab kami PJJ. Suami kata che kak hati kering berani tinggal sorang-sorang. Walhal kita penakut tak keluar bilik langsung. Tidur pun pasang lampu satu rumah. 😂
Lepas tu lagi, che kak buat personal loan bina rumah kecil untuk ma. Walaupun kecil macam rumah PPRT tak sampai RM30K tapi dapat juga ma merasa rumah sendiri.
Pernah terdetik, che kak tak ada rumah sendiri…Tapi suami kata, “Bukan kijoan awok mikir rumoh.”
Masa berlalu… teruskan kehidupan macam biasa. Tup tup tanpa dirancang, Allah bagi rezeki dapat beli rumah. Paling tak sangka, rumah tu pula betul-betul di sebelah rumah suami.
Sampai sekarang rasa macam mimpi.
Sebelah rumah pun, tak sempat juga nak jenguk setiap hari.
Sayang nak biar kosong, jadi che kak buka homestay. Sekurangnya rumah terjaga ada orang duduk. Kalau keluarga balik bercuti pun, bolehlah duduk ramai-ramai.
Benarlah rezeki tu bukan kita yang tentukan. Kadang kita rasa mustahil tapi bila tiba masa Allah kata ‘jadi’, maka jadilah.
Syukur ya Allah. 🌸
Untuk tempahan homestay boleh hubungi che kak.
Comments
Post a Comment