Belajar Untuk Tidak Berdebat Dengan Orang Yang Tak Nak Mendengar

Che kak malas dah nak buang masa berdebat dengan orang yang rasa diri mereka “pandai” tapi tak nak mendengar.


Kalau orang betul-betul nak faham, kita cakap sekali pun mereka akan faham malah boleh terima dengan hati terbuka.


Tapi kalau niatnya cuma nak menang, apa saja penerangan kita akan ditolak. Bukan sebab kita salah, tapi sebab ego yang menebal.


Perbincangan pun jadi tak berkesudahan. Kita bagi fakta mereka bagi alasan. Akhirnya kita yang letih. 


Lebih baik tenaga dan masa itu kita guna untuk perkara yang lebih berguna.


Tak perlu cuba yakinkan orang yang tak mahu mendengar. Lebih baik kita siapkan kerja sendiri dan teruskan hidup dengan tenang.


Akhirnya, ketenangan lebih berharga daripada “menang” hujah.


Kadang-kadang diam bukan tanda kalah tapi tanda kita jaga hati dan emosi sendiri.


Fasa sekarang ini  menjaga emosi sendiri itu yang paling penting.





Comments