Catatan Setahun Di Kota Bharu

Pejam celik, pejam celik… rupanya sudah setahun che kak bertugas di KB.


Masih segar di ingatan sewaktu hari pertama melapor diri hati ini penuh dengan rasa takut dan anxiety. 


Terbayang jem giler setiap pagi, terbayang balik lambat sampai terbenam matahari. 


Terbayang juga kerja menimbun tak cukup tangan dan kaki maklumlah jajahan takluknya luas sekali.


Namun sedikit rasa lega sebab rakan pejabat lama turut sama bertukar ke sini. Jadi taklah rasa bersendiri.


Apabila melangkah masuk barulah sedar… rupanya selama ini che kak hanya takut pada emosi sendiri. 


Hari-hari berlalu macam biasa sahaja seperti sebelum ini. Pergi kerja, balik kerja, rutin yang tak seteruk yang dibayangkan walaupun tiada pokok-pokok dikeliling pejabat ini.


Jem? Ada jugalah sekali sekala sebab lampu isyarat rosak dan lambat dibaiki.


Alhamdulillah, mantan PKMJ memberi tugasan yang sesuai dengan jiwa ini. 


Ya, kerja memang banyak kerana luasnya jajahan ini tapi staf ramai dan pandai la urus kerja sendiri. 


Beban kerja masih dalam lingkungan yang mampu ditanggung setakat ini.


Lega juga sebab tidak terbeban dengan tugas sebagai penyelaras unit terutama unit KP.


Pandai la kita bawa diri supaya tidak dibenci walaupun tidak dihormati.


Kita tak ada sebab nak meninggi diri. Untuk apa nak sombong sedangkan akhirnya semua pun harapkan gaji.


Maklumlah sama-sama JKM ni pusing-pusing tukar pejabat tetap akan jumpa lagi.


Biasanya kisah perangai kita dah sampai ke pejabat lain sebelum kita lapor diri. Kita tak boleh tutup mulut orang atas semua spekulasi. 


Apa yang penting jaga disiplin dan kualiti diri sendiri. 


Che kak suka makan namun kali ini agak mencabar sekali. Susah juga nak jumpa kedai makan yang serasi dengan tekak dan duit dalam cimb. 


Mujur che kak tidak tergoda dengan kedai hipster mahal namati! 


Masuk juga la sekali sekala sekadar untuk jadikan content fb. 


Sesekali rindu juga dengan suasana di pejabat lama tapi biarlah ia jadi kenangan manis yang disimpan dalam hati.


Apabila dah melangkah keluar belum tentu orang sudi lagi nak terima kita ini.


Di sini che kak dah kenal geng di tingkat bawah semuanya sporting dan happy. 


Sekali sekala waktu rehat jalan-jalan dengan CSZ di Lotus sambil tolak troli. Sekali sekala ikut beliau masuk kampung siasat kes terutama kawasan PC. 


Tambahan pula ada Suri. Kawan lama masa di IPT. Bolehlah buat gila-gila dengan dia sebab serasi.


Dulu dia kata che kak baik hati… tapi bila bekerja bersama, tahulah dia sebenarnya che kak bukanlah baik sangat pun, hihi! 


Apa pun kami tetap serasi kerana saling memahami. Petua untuk serasi ialah rai persamaan dan hormat perbezaan antara kami. 


Sesungguhnya tiada yang sempurna dan pasti ada khilaf dan lebih baik bertoleransi.


Kini, setelah genap setahun che kak kini bukan seperti dulu lagi. Nak hidup tenang-tenang sahaja tiada apa yang nak dikejar lagi. 


Apabila kita tegur kesilapan telah disalah anggap kita nak bermusuh namun tidak ditegur rasa bersalah pula kerja tak ikut SOP.


Sudahnya, ikut mung la doh mung biso sangat gak kata che kak dalam hati.


Semoga tahun-tahun mendatang terus dipermudahkan dan membawa lebih banyak pengalaman berharga sebelum bertukar ke pejabat lain pula nanti.




Comments