Isi Minyak Guna Setel Sangat Mudah

Dulu la dulu punya la takut nak isi minyak kereta sendiri. 


Sanggup pergi ke stesen minyak yang masih ada khidmat juru pam yang tolong isi.


Pada suatu hari, ada orang pinjam kereta selepas che kak isi penuh tangki.


Masa hantar, dia cakap tak sempat nak isi semula minyak kereta walaupun dah berklip-klip bagaikan lampu raya aidilfitri.


Ya Allah, menangis aku  dalam hati. 


Bukan kecil hati sebab tak ganti.  Tapi risau kat mana ada stesen minyak terdekat yang orang akan tolong isi. 


Akhirnya pasrah dan terpaksa juga memberanikan diri. 


Bulan lepas try guna Setel punya aplikasi. Eh mudah sangat tak perlu susah-susah menapak ke kaunter sambil tunjuk pam yang nak diisi.


Isi siap-siap maklumat dan gambar ic. 


Nohhh lagi senang nak isi minyak tak perlu tunjuk ic lagi. 


Begitulah kehidupan masa kini dan teknologi semuanya di hujung jari.



Comments