Kau Yang Bernama Suri

Ni kawan che kak sejak zaman belajar Diploma Pembangunan Manusia di UPM tahun 1998 lagi.


Masuk kerja JKM pun sama malah pada tarikh yang sama juga. Cuma rezeki beliau di Kelantan manakala che kak tercampak di KL.


Terputus hubungan bukan bermaksud putus silaturrahim  cuma jarak dan masa yang memisahkan kami.


Sesekali bertemu mata tapi sekejap saja kerana masing-masing sibuk dengan tanggungjawab.


Disebabkan jarang berjumpa beliau pernah kata che kak ni orang baik.


Rezeki Allah atur akhirnya kami bekerja di pejabat yang sama pula. 


Alhamdulillah, beliau sentiasa di sisi che kak, sentiasa menyokong dan membantu tanpa jemu.


Walaupun semakin hari semakin terserlah perangai “huduh” che kak dia tetap ada.


Kita tak perlu kawan yang sempurna. Cukuplah saling menyokong, memahami dan menghormati walaupun ada perbezaan.


Orang kata, “Mesti che kak menangkan dia sebab dia BFF.”


Tidak… bukan begitu. Tapi kerana che kak menghormati dan menyayangi dia dengan ikhlas.


Tiada ego antara kami sebab itulah kami serasi. 🌸



Comments