Masih segar dalam ingatan. Waktu itu che kak darjah enam. Bergaduh dengan dua orang budak lelaki sekelas, namanya pun dah lupa. Entah sebab apa bergaduh pun dah tak ingat.
Kami dipanggil menghadap PKHEM. Mula-mula, PKHEM dengar dulu alasan dan hujah masing-masing.
Lepas tu beliau menasihatkan kami. Nasihatnya pun che kak dah lupa. Tapi caranya penuh berhemah.
Mungkin beliau nasihat jangan bergaduh lagi kot.
Akhirnya, kami diminta saling memohon maaf.
Che kak pun tak pasti sama ada selepas itu kami terus bermusuhan atau kembali berbaik.
Apa yang che kak ingat, semuanya diselesaikan dengan tenang dan adil.
Berbeza pula dengan satu kenangan semasa tadika. Kami tinggal di kawasan kuarters dan che kak berkawan dengan anak seorang cikgu.
Suatu hari, kami bergaduh sebabnya berkaitan dengan skaf rambut, kalau tak silap.
Keesokan harinya, che kak dipanggil ke hadapan perhimpunan.
Tak tahu apa yang cikgu itu katakan, tapi bila dah besar ni, barulah che kak sedar. Cikgu itu sebenarnya telah memalukan che kak di hadapan semua.
Sedangkan pergaduhan itu berlaku di luar waktu sekolah, di kawasan rumah kami.
Sepatutnya perkara kecil begitu diselesaikan di rumah saja. Bukan dibawa ke sekolah dan dijadikan tontonan umum.
Rasa sedih juga bila mengenang semula betapa seorang cikgu boleh menggunakan kuasa dengan cara yang salah terhadap murid kecil berusia enam tahun.
Harap anak cikgu itu membesar menjadi manusia yang lebih bijak menggunakan kuasa dan lebih berperikemanusiaan.
Sekarang, bila dah dewasa che kak tak lagi ambil hati sangat dengan hal remeh.
Dah tua ni malas dah nak layan orang yang suka cari gaduh. Nak berkawan, kita kawan. Kalau tak nak, tak mengapa. Hidup ni lebih indah bila kita pilih tenang daripada menang.
Comments
Post a Comment