Rasanya setiap tahun che kak hadir ke sekolah setiap kali ada perjumpaan ibu bapa.
Sejak anak sulung dahulu hingga ke hari ini anak keempat, Kak Ilah che kak tetap cuba hadir.
Kak Ilah jarang che kak kongsikan di media sosial.
Bukan kerana tidak sayang tetapi kami memilih untuk tidak menyiarkan wajah anak perempuan bagi menjaga maruah dan mengelakkan pendedahan yang tidak perlu.
Tak sangka pula hari ini, Kak Ilah tiba-tiba bersandar lembut di bahu che kak semasa di dalam dewan.
Ingatkan sudah segan untuk bermanja di depan guru dan rakan-rakannya.
Tersentuh hati ini terasa benar bahawa selama ini che kak mungkin kurang memberi perhatian padanya.
Tanpa disedari kita kadang mengabaikan sisi emosi anak perempuan yang sedang mencari arah dalam dunia remajanya.
Sewajarnya, kitalah yang sepatutnya menjadi sahabat dan tempat bercerita buatnya.
Semoga anakanda Aqilah, anak keempat merangkap anak sulung perempuan umi, terus membesar sebagai anak yang solehah, terang hati dan cemerlang dalam Peperiksaan SMU 2025 yang bakal diduduki pada pertengahan November nanti.
Amin ya Rabb. 🤲
Comments
Post a Comment