Selamatkah Pada Zaman Ini?

Masa kecik dulu tak de langsung rasa takut kalau pergi mengaji Quran pada waktu malam.


Balik sorang-sorang kena tinggal dengan budak-budak mengaji lain pun takpe.


Berbekalkan jamung iaitu pelepah kelapa kering dijalin. Lepas tu nak balik cucuh api maka jadilah macam obor. Itulah jadi penyuluh.


Jalan kampung dulu semak macam hutan kiri kanan. 


Kalau sekarang ni, tobak lahum tak bagi anak keluar sorang macam tu. 


Zaman dulu sederhana tapi selamat. Zaman sekarang, terang lampu jalan pun belum tentu selamat.


Dunia sekarang semakin hari semakin tidak selamat. Dunia semakin maju, tapi entah kenapa, rasa aman itu makin menjauh.




Comments