Senangnya Hidup, Tumpang CCTV Orang Lain 😅

Tular kereta Kancil dihimpit kenderaan ambulans. Bila berada di kawasan hospital, kenalah cakna dan peka dengan persekitaran.


Che Kak tertarik juga nak sentuh isu parking di hadapan pejabat JKM Kota Bharu.


Walaupun kawasan itu tempat awam dan sesiapa sahaja boleh letak kenderaan tapi nampaknya ramai yang ambil kesempatan.


Maklumlah di pejabat kami ada pengawal keselamatan dan CCTV.


Amboi, senangnya hidup ya, tumpang kemudahan orang lain.


Upahlah sendiri, pasanglah sendiri CCTV kalau nak rasa selamat.


Kalau berlaku kehilangan atau kerosakan kenderaan, nanti menyusahkan pihak kami pula kena semak rakaman, kemukakan bukti dan sebagainya. Sedangkan itu bukan tanggungjawab kami pun.


Lebih menyedihkan, ada juga yang park betul-betul depan tangga pejabat.


Sampai menyusahkan staf dan klien yang nak keluar masuk.


Dah ditegur pun, macam tak ada rasa bersalah langsung.


Janganlah begitu ya. Sama-sama kita bertimbang rasa.


Kalau nak rasa selamat pasanglah CCTV sendiri. 😊



Comments