Taklimat Persediaan Menghadapi Bencana Monsun Timur Laut

 Hari ini (14.10.2025) berpeluang mendengar amanat dan taklimat berkaitan persediaan menghadapi bencana monsun timur laut.


Amanat dan taklimat daripada pihak JKMN dan Penyelaras Bencana Jajahan sedikit sebanyak membuka mata dan telinga semua warga petugas.


Tahun ini merupakan tahun kedua  penyelaras bencana di jajahan Kota Bharu. Tahun lepas, beliau baru sahaja melapor diri terus diuji dengan banjir besar di KB.


Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman itu, Insya Allah persediaan kali ini lebih tersusun dan mantap.


Banjir memang sudah sinonim dengan JKM. Menjadi tulang belakang dalam pengurusan PPS terutamanya pendaftaran mangsa serta penyediaan bekalan di pusat pemindahan sementara.


Namun, semakin hari semakin banyak cabaran dan isu baharu yang perlu dihadapi.


Apa yang paling penting, selain persediaan fizikal, kekuatan emosi dan mental petugas juga perlu diperkukuh.


Kerja bencana bukan sekadar tugas individu. Ia juga adalah amanah dan tanggungjawab bersama. 💪






Comments