Wajarkah Memberi Sokongan Kepada Sukarelawan Sumud Flotilla?

Kehadiran sukarelawan Malaysia dalam misi Sumud ke 🍉 mendapat perhatian ramai apatah lagi apabila  mereka ditahan secara tidak sah.


Ada yang mendoakan tetapi tidak kurang juga yang sinis siap meletakkan emoji ketawa seolah-olah pengorbanan ini bahan gurauan.


Lebih menyedihkan ada yang mempertikai kehadiran sukarelawan wanita seakan-akan mereka tidak tahu risiko yang bakal ditempuh.


Hakikatnya sukarelawan ini bukan pergi tanpa persediaan. Mereka telah dilatih dan diurus tadbir dengan baik sebelum dihantar ke lapangan. 


Sukarelawan Malaysia yang kini berada di lapangan pastinya sudah maklum akan risiko dan cabaran. Mereka bukan bertindak tanpa arah, sebaliknya berbekalkan ilmu, latihan dan persiapan rapi. 


Apa yang mereka lakukan bukan sekadar misi bantuan tetapi sebuah manifestasi ketabahan, keberanian dan kemanusiaan.


Mereka tahu apa yang perlu dilakukan kerana sumud itu sendiri adalah jalan panjang yang penuh pengorbanan.


Mereka mengorbankan keselesaan dan keselamatan demi memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan.


Mereka menjadi saksi penderitaan sebenar dan penyampai kebenaran kepada dunia.


Menyokong mereka adalah tanda solidariti kemanusiaan bahawa 🍉 tidak pernah kita lupakan dan Malaysia berdiri teguh bersama keadilan.


Sokongan kita bukan sekadar doa, tetapi juga dengan tidak memperlekeh atau merendahkan usaha-usaha yang telah dibuat.


Ketika Perdana Menteri (PMX) memberi sokongan penuh terhadap usaha ini ia jelas menunjukkan pendirian tegas Malaysia di mata dunia. 


Maka, kita sebagai rakyat wajar bersama bukan mencetuskan sindiran yang hanya melemahkan moral.


Perjuangan Sumud ini bukan setahun dua. Ia telah lama bermula merentasi generasi demi generasi rakyat 🍉 yang tidak pernah menyerah.


Maka tugas kita adalah menyokong bukan menyindir. Mendoakan bukan meragui.


Kerana perjuangan ini bukan hanya milik mereka di medan tetapi juga milik kita semua yang cintakan kemanusiaan dan keadilan.





Comments